Events

Recent corporate milestones and momentous occasions.

E-GARDEN @ SILK

E-GARDEN @ SILK

Warga kerja Lebuhraya Kajang SILK dengan kerjasama peserta Program Protégé PROLINTAS memanfaatkan ruangan sekitar Pejabat Operasi SILK di Sungai Balak bagi mewujudkan E’Garden atau Kebun Lestari dengan menanam pelbagai jenis sayur-sayuran, herba, ulam dan tanaman berbunga menerusi kaedah kebun moden.

Idea mewujudkan ruang berkebun itu dikembangkan oleh sekumpulan anak muda terlibat dengan beberapa pengisian seperti bengkel berkebun dengan kaedah hidroponik, analisis dan pengumpulan data serta mewujudkan ruang dekorasi komuniti.

Inisiatif yang dilancarkan oleh Pengurus Besar Operasi Lebuhraya PROLINTAS, En. Azmee Nin pada 17 November 2023 itu bermatlamat untuk menggalakkan interaksi sosial menerusi aktiviti sihat yang inklusif dan lestari.