Events

Recent corporate milestones and momentous occasions.

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB MENTERI KERJA RAYA

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB MENTERI KERJA RAYA

PROLINTAS mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan delegasi yang diketuai oleh YBhg Dato Mohammad Azlan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS bertujuan memperkenalkan syarikat sebagai pengendali lebuh raya terbesar di Lembah Klang.

Pertemuan yang julung kali diadakan turut digunakan bagi membentangkan perkembangan fasa akhir Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).